Tuesday, August 25, 2009

Sunday, August 23, 2009

Doa Tok Guru

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat
menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua
yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan
yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan
kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami
dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah
kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan
bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan
sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan
janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas
terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau
dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap
yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan
kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon
pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan
diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah
kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun,
selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau
siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi
kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan
kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba
engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau
wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami
sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan
mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk
Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya
berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan
pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan
pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,
Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai
Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau
berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi
Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan
penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi
pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan
kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Hadiah Ingatan Daripada Rasulullah S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri). Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Friday, August 21, 2009





Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam

Wednesday, August 19, 2009

SALAM TAARUF

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN...
SELAMAT DATANG KEPADA ANDA SEMUA REMAJA YANG DIKASIHI.

Salam Taaruf untuk anda semua.Terimaksih kerana sudi menjengah ke blog ini.Segalanya ada di sini.

Nisa' adalah kelab remaja dan wanita berumur dari 15-40 tahun.Berhasrat untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia melalui program-program yang dirancang, menjurus kepada pembinaan dan pembangunan modal insan.
Berpegang kepada slogan “Penghubung Generasi Muda @ Connecting Youth”, Nisa’ Indera Mahkota dengan penuh kesungguhan ingin menyatukan generasi muda khususnya yang berada di seluruh kawasan Indera Mahkota & umumnya 1malaysia, dalam meningkatkan kualiti kehidupan bermasyarakat agar Islam terus gah brtapak seantero dunia.


Kami adalah satu persatuan yang ditubuhkan bagi mengeratkan ikatan kasih sayang sesama wanita..sekaligus membantu sahabat2 dalam semua aspek..antaranya kerjaya,sosial,kaunseling dan macam2 lg..



Team Nisa' Indera MahkotaKetua:
Pn Sy Umi Ilyana
Email:suisz27@yahoo.com


Naib:
Pn Nik Halawati Bt Nik Wajis.


Setiausaha:
Pn Syafafwati Abd Rahim

Bendahari:
Cik Sh NurHidayah

Ketua Unit Kerjaya:
Cik Sy Aishah Bt Sy.Noh

AJK:
Roziehawa Bt Damirin
Wan Anis

Ketua Unit Pembangunan Insan:
Cik Norfadzilah @ Norfaizah Bt. Saidon
Email:gha_ziah@yahoo.com
No Tel:013-9337675

AJK:
Cik Nurul Bahiah Bt Mohd Nor
Pn Siti Rahimi Bt Imas
Cik Siti Zulaikha

Ketua Unit Khidmat & Kaunseling:
Pn Normi Bt Abdullah

AJK:
Pn Nira Asmirawati
Pn Faridah Bt Mohamed