Tuesday, January 18, 2011

harap maaf

Kepada sesiapa yang telah mendaftar keahlian melalui borang di blog kami, diharap dapat menghantar kembali maklumat diri anda melalui email nisaim@yahoo.com.
Kami mengharapkan kerjasama anda dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.

syukran jazilan.

Jom selongkar almari kita............

Menutup aurat sangat sinonim dengan muslimah.Namun mungkin tidak semua muslimah menutup aurat dengan sempurna.Automatik lahir sebagai orang Islam belum menjamin apa-apa apatahlagi penghayatan syariat.Namun jika wanita itu mukminah, mereka mesti menutup aurat kerana itu identiti yang sepatutnya mereka bangga-banggakan.

Anjuran menutup aurat ini diperintahkan dalam Al-Quran al-Karim ayat 31 surah al-Nur ,mafhum firman Allah swt:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak darinya.

Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya dan janganlah nampak perhiasannya kecuali kepada:

suami mereka

ayah mereka

ayah suami mereka

putera-putera mereka

putera-putera suami mereka

saudara-saudara laki-laki mereka

putera-putera saudara lelaki mereka

putera-putera saudara perempuan mereka

wanita-wanita islam

budak-budak yang mereka miliki

pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita)

anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah.hai orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Menutup aurat itu tidak susah jika rasa malu telah menghuni hati muslimah.

Ramai beranggapan wanita sesama wanita berhak membuka aurat sesasama mereka.Ini nyata bercanggahan dengan hukum Allah kerana sebagai seorang wanita muslim haram sekiranya memdedahkan aurat mereka kepada wanita bukan muslim.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan muslimah diluar sana,jom kita menyemak kembali pakaian yang tersusun di dalam almari pakaian.Adakah semua pakaian yang kita pakai diluar rumah dan di hadapan mahram itu patuh syariah?

Panduan mudah busana patuh syariah:

1) Tidak nipis -pakaian itu perlu diperbuat daripada kain yang tebal atau tidak nipis.Selain itu warna kain mampu melindungi warna kulit sama ada putih melepak,kuning langsat atau sawo matang.

2) Menutup seluruh bahagian badan yang dikira aurat - Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

3) Tidak memperlihatkan bentuk badan - Saiz ukuran badan hendaklan longgar suaya dapat memberi keselesaan kepada tubuh anda.Apalah ertinya berpakaian jika pakaian anda ketat dan menampakkan bentuk tubuh dengan jelas.Jangan memakai pakaian jarang kemudian memakai inner yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.

4) Tidak menyerupai akaian lelaki - Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasullullah saw melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita(riwayat al-Bukhari no 5547)

5) Tidak menyerupai pakaian wanita non muslim.

6) Bukan pakaian syuhrah - Yakni mempunyai unsur yang membanggakan dan menunjuk-nunjuk.

Terlalu berfesyen2 dan warna yang terlalu terang dan keterlaluan.Pakaian yang penuh dengan perhiasan berkilat-kilat serta bergemerlapan.

Persepsi sebahagian besar umat Islam,menutup aurat itu hanya menutup kepala sahaja.Selain itu perkara yang sering diabaikan adalah kaki.Ramai wanita menunggang basikal atau motosikal,terselak menampakkan betis dan kaki.Apatahlagi di akhir zaman ini ramai yang mengikut fesyen sehingga terlupa hakikat menutup aurat yang sebenarnya dengan memakai tudung yang kecil dan menampakkan kemontokkan dadanya,memakai tudung tetapi kain terbelah dibahagian kaki,memakai tudung tapi memakai baju juga seluar yang terlalu pendek dan ketat.

Kepada para suami,maklumlah kepada isteri-isteri anda.Para ayah perintahkanlah anak-anak anda.Kepada abang-abang maklumlah akan adik-adik dan saudara-saudara perempuan anda.

Ketahuilah pakaian taqwa itulah yang paling baik.