Saturday, January 16, 2010

IKHLAS DALAM AMAL


Hadis Rasullullah SAW :

"Setiap amalan itu bermula dengan niat"

Setiap manusia itu mengikut apa yang diniatkannya.Maka sesiapa yang berhijrah kerana ingin memperolehi habuan dunia ataupun kerana ingin mengahwini,maka hijrahnya itu adalah mengikut apa yang dikejarnya.(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya:

1) Niat memainkan peranan yang penting dalam melakukan sesuatu amalan kerana berpunca daripada niatlah sesuatu amalan itu diterima disisi Allah swt.

2) Meskipun hijrah yang dilaksanakan oleh Rasullullah saw dan sahabat2 baginda memdapat pahala yang besar daripada Allah swt,namun pahala itu hanya dikurniakan kepada orang2 yang melaksanakannya kerana patuh kepada arahan Allah dan Rasulnya sahaja.
Manakala bagi sahabat2 yang berhijrah kerana ingin mendapat habuan duniawi ataupun ingin mengahwini seseorang wanita,maka ia memperolehi habuan yang dikejarnya itu tanpa balasan pahala disisi Allah swt.

3) Perbuatan yang baik dan dilaksanakan dengan baik akan mendapat pahala disisi Allah swt.Tetapi perbuatan mungkar walaupun dilakukan dengan niat yang baik tidak mendapat ganjaran daripada Allah swt.Untuk itu sesuatu perbuatan yang ingin dilakukan mestilah bertepatan dengan arahan syarak.Sekiranya bertentangan dengan kehendak syarak,maka niat yang baik tidak mendatangkan sebarang faedah di sisi Allah.

4) Ajaran dan petunjuk daripada Rasullullah saw hendaklah dijadikan panduan dalam mel;akukan sebarang tindakan yang diharuskan oleh syarak seperti meniatkannya kerana Allah bukan kerana riak ataupu menunjuk2 untuk mendapat pujian manusia.