Tuesday, November 24, 2009

SALAM EIDUL ADHA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kelebihan Bulan Zulhijjah 10 Hari Pertama
www.iluvislam.com
Editor: deynarashid


Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Esok (18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah



Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”

Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj


“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi


“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”


dan di dalam riwayat lain :


“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :


“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.


Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.



--------------------------------------------------------------------------------
diambil daripada: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=14&parent=06



EGO MANUSIA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sahabat2,

Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego . Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi :

“Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku”.

Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.Mari kita lihat tanda-tandanya.

1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur

Kalau seseorg itu diberi jawatan sama ada kecil @ besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah b’susah hati, sedangkan org yg tiada sifat ego dlm dirinya dia akn rasa takut utk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut krn telah diberi kepercayaan, ttp dia takut & bimbang kalau-kalau gagal dlm memikul tanggungjawabnya dan akn dipersoalkan di akhirat kelak.

2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar

Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan drpd meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.

3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang

Dia akn merasa susah hati @ tergugat apbila org lain memegang jawatan yg dia rasakan m’pu utk m’jawatnya. Dia jg akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bhgn lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Org yg tidak ego akan b’khidmat selagi mampu dgn tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dpt mberi sumbangan dan tidak bertentangan dgn syariat.

4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap

Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuhpun kerana segan dimarahi ataupun krn diperhatikan org. Dia t’paksa m’buat kerja krn rela paksa ttp bkn ikhlas krn Allah.

5. Mudah marah

Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marah itu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam di dalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.

6. Mudah tersinggung

Didlm sifat org yg pemarah itu, dia jg m’punyai sifat yg t’lalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat org lain lebih baik drpdnya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada org yg cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akn merajuk. Kononnya nak minta org pujuklah tu.

7. Suka Berkawan dgn org bawahan supaya dirinya lebih menonjol

Dlm berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau org yg lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah utk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh oranr lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dlm sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh org lain.

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain

Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.

9. Dlm majlis perbincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.

10. Dlm majlis p’bincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya org nampak bhw dia banyak m’beri p’dapat dan pandangan di dlm majlis itu.

11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima

Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerima pendapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain

Walaupun org itu drpd kumpulan @ organisasi yg sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu t’cetus bukan dr hasil usahanya apatah lagi kalau org itu m’dpt pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi

Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebih ketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pasti dia akan mencabar semula.

14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya

Kalau dia b’buat kerjanya @ dlm konteks yg lebih luas ruang lingkup serta peranan yg perlu dimainkan. Dia lebih gemar m’p’kenalkan tentang dirinya atau bhgn yg dipegangnya drpd m’perkenalkan ketuanya atau kumpulannya.

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang

Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan tuhan. Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.




PEMIMPIN KERAS, TEGAS DAN LEMAH LEMBUT SEMATA-MATA KERANA ALLAH

Saidina Umar R.A, khalifah yang kedua pernah berpidato ketika dilantik menjadi pemimpin umat Islam. Di antara kata-katanya ialah :

Alhamdulillah,

Aku diuji oleh Allah sbg pemimpin anda sekelian dan anda pun diuji Allah di bawah kepimpinanku. Sesungguhnya jawatan adlah cabaran. Jawatan adalah tempat ujian yg dtg bertubi-tubi. Wahai kaum muslimin ! Aku ini hanya salah seorg di kalangan kamu. Ya Allah ! Aku ini kasar berilah aku sifat lemah lembut, aku ini lemah maka berikanlah aku kekuatan. Aku dgn rakyat banyak takut dgn sifat kekerasan dan kekasaranku. Waktu aku b’sama Rasullulah, akulah yg m’jd pelayan dan hambanya, tidak ada seorg manusia yg dpt menyamai sifat lemah lembut dan kasih sayangnya t’hdp kaum muslimin. Kemudian aku memegang urusanmu. Wahai kaum muslimin ! ketahuilah bhw kekesaranku telah b’lipat kali ganda, ttp ia hanya akan ku gunakan t’hdp org-org yg suka kedamaian, jujur dan patuh maka aku akn b’sifat lemah lembut t’hdp mrk. Aku tidak akn m’biarkan sehingga b’lakunya seseorg mengenainya atau menyakiti orang lain. Aku akan letakkan pipinya ke tanah sehingga dia tunduk kepada kebesaran dan bersifat baik

Mari kita renung balik..adakah masih ada ciri2 yg dijelaskan tadi..

Sebagai muhasabah untuk diri ini,seorang insan biasa dan hamba Allah,dan juga untuk sahabat2...


Monday, November 16, 2009

TENTANG NISA'


TENTANG NISA'

Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.



MISI NISA'
Nisa' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan
agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun

LOGO DAN SLOGAN NISA'

Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.




Bowling


Team Nisa IM bergambar kenangan setelah bermain bowling sempena perlawanan persahabatan.Syabas kepada team Nisa yang berani menceburi pelbagai bidang..
Seterusnya Nisa IM akan mengadakan perlawanan persahabatan di gelanggang futsal pula bersama team Nisa Kuantan..Tunggu............
Kepada sesiapa yang berminat,hubungi kami.


Monday, November 9, 2009

NISA' DAY



Team Nisa' Indera Mahkota bergambar kenangan di Program Nisa' Day yang diadakan di Tekam Plantation Resort pada 1 November 2009.
Program yang berlangsung seawal 8.30pagi hingga 4.30 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli2 nisa' seluruh Negeri Pahang.
Meskipun pelbagai rintangan yang team kami hadapi untuk sampai ke program berkenaan tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan ianya sudah semestinya meninggalkan kenangan yang indah di hati kami semua.
Kepada yang tidak dapat menyertai progran ini,kami titipkan sedikit gambaran untuk anda.Sila klik album gambar kami.
Untuk yang belum mendaftar sebagai ahli nisa',jom daftar sekarang!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!








MEREBUT SAHAM ANAK MUDA


“Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!” seorang guru persatuan berucap di pentas.Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman.“Ghurur!” kata sesetengah orang.

Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak muda itu sering digambarkan sebagai golongan yang berpemikiran singkat, tidak berfikir panjang, mengikut perasaan, belum mengenal realiti kehidupan, malah soal siapa makan garam dulu pun boleh dijadikan persoalan.

Malah, alasan yang sama itu jugalah yang digunakan oleh kaum musyrikin semasa mengungkapkan tentang Ibrahim alayhi al-Salaam ketika berhala-berhala mereka dicela.

“(Setengah daripada) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)“ [Al-Anbiya’ 21: 60]

Sebagaimana yang diungkapkan oleh ahli Tafsir, kaum musyrikin itu dengan sengaja menggunakan ungkapan ‘pemuda’ atau al-fata kerana mahu meremehkan Ibrahim. Baginda dilabel sebagai anak muda, yang selalunya bertindak secara tidak matang, melulu dan boleh diabaikan sahaja mesejnya.

KELEBIHAN USIA MUDA

Tetapi menjadi orang muda bukan sesuatu yang kurang atau hina.
Kanak-kanak sentiasa tidak sabar mahu menjadi anak muda kerana mengimpikan apa yang hanya dimiliki oleh si anak muda. Orang tua juga terbuai-buai perasaannya apabila mengenangkan usia muda kerana memikirkan apa yang pernah dimilikinya pada usia itu. Usia muda adalah usia yang dicemburui oleh mereka yang tidak memilikinya.

Potensi!

Itulah nilai pada seorang anak muda.
Potensi untuk impian dan harapan, hampir tanpa mengenal batasan.
Bahkan usia muda itu yang menjadi usia pilihan bagi ahli Syurga.

Abu Sa`id dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Apabila ahli Syurga memasuki Syurga, seorang penyeru akan berkata: (kamu menerima satu janji daripada Allah) bahawa kamu akan terus hidup di dalamnya dan kamu tidak akan mati, kamu akan sihat di dalamnya dan kamu tidak akan sakit, kamu akan kekal muda di dalamnya dan kamu tidak akan menjadi tua, kamu akan sentiasa berasa tenang bahagia dan kamu tidak akan dirundung duka” [Muslim]

Usia emas itu hakikatnya adalah usia muda.

DI SISI ALLAH

Ada tiga kalimah serangkai yang memberikan makna si anak muda.

Pertamnya adalah ghulam ().

Keduanya adalah fata ().

Ketiganya adalah syaab ().

Seorang anak muda bernama Ibrahim yang diperlekeh oleh kaum Musyrikin kerana menghina berhala sembahan mereka, digelar sebagai fata.

Ia disanggah oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala apabila kalimah yang sama (fata) digunakan pada memuji Ashaab al-Kahf:

“Sesungguhnya mereka itu anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk” [al-Kahf 18: 13]

Allah Ta’aala gunakan kembali perkataan ‘anak muda’ (fata) itu sebagaimana yang kaum Ibrahim gunakan. Tetapi konotasinya berbeza. Jika anak muda dianggap sebagai ‘orang singkat’ oleh kaum Ibrahim yang musyrik, anak muda dipuji sebagai insan penuh potensi dan simbol survival perjuangan Tauhid di dalam kisah Ashaab al-Kahf.

Semuanya terletak pada nilai iman dan amal soleh.

Apabila anak muda itu beriman, dan mereka berusaha pada mengisi makna iman itu, Allah Subhanahu wa Ta’aala memuji mereka dan menambahkan Taufiq-Nya dengan petunjuk dan bimbingan.

Pemuda beriman… nikmat besar bukan hanya pada tuan empunya diri, malah nikmat kepada umat sejagat.

MESRAKAN, JANGAN LAGAKAN

Anak muda dan warga tua, setiap kelompok daripada keduanya memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kelompok yang satu lagi.

Anak muda memiliki semangat, kesungguhan pada mendapatkan sesuatu, tubuh badan yang sihat bertenaga serta daya responsif yang optimum.

Tetapi mereka harus akur dengan beberapa kelemahan yang ada. Kelemahan yang bukan disengaja, tetapi dek perjalanan hidup yang belum panjang untuk sampai kepada memilikinya.

Itulah pengalaman.

Anak muda kurang pengalaman. Sedangkan pengalaman adalah guru yang berbeza berbanding ilmu. Jika ilmu mengajar manusia menjadi alim (berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana).

Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’aala sering menggabungkan nama-Nya ALEEM dengan HAKEEM. Seandainya kombinasi ini mahu diteladani oleh manusia, ia mengajar kepada kita bahawa berilmu sahaja tidak memadai. Kesarjanaan bukan jaminan untuk bertindak tepat kerana apa yang harus datang sama adalah hikmah kebijaksanaan. Ilmu menganugerahkan kesarjanaan, masa dan pengalaman menganugerahkan hikmah kebijaksanaan.

Itulah kekurangan anak muda.

Masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu.

Berbeza dengan orang tua yang lebih dewasa.

Mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. Banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya. Cause and effect banyak yang sudah dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua.

“Kalaulah aku buat begini…” kata seorang tua.

“Kalaulah aku tidak buat begitu…” keluh seorang yang lain.

Ungkapan-ungkapan itu datang setiap kali seorang tua menoleh ke belakang melihat kembali jejak perjalanan hidupnya.

Tetapi kesedaran tentang betul dan salah itu terperangkap di dalam berkalau-kalau, kerana orang tua banyak kekangan. Tubuh badannya semakin lemah, daya bertindaknya mengalami kemerosotan, dan setelah selesa dengan apa yang menjadi kebiasaan, daya responsif terhadap seruan juga tidak pantas lagi.

Justeru bagi si anak muda, berdampinglah dengan orang tua. Bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. Minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan kerenah mereka.

Manakala bagi yang telah tua ditelan usia, jangan dibawa pengalaman ke kubur tanpa tinggalan, berdampinglah dengan anak muda. Jangan lokek berkongsi pengalaman dengan mereka. Betulkan silap mereka, tunjukkan potensi mereka. Dalam semua itu, sabarkan diri dengan kerenah mereka.

Jangan pula dimatikan potensi mereka. Seperti ungkapan Nelson Mandela:

When the water starts boiling it is foolish to turn off the heat

KESAKITAN PROSES MENDIDIK ANAK MUDA


Mengenangkan pada besarnya makna usia muda, mereka menjadi sasaran semua.

90% manusia berfikir dan bertindak menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada orang muda.

10% manusia berfikir tentang cara untuk menyelamatkan mereka.

Segelintir manusia, memindahkan fikiran itu kepada tindakan.

Tatkala anak muda diasak dengan pelbagai seruan, kelompok orang berusia yang mahu berusaha mendidik anak muda tidaklah ramai. Kekurangan ini diberatkan lagi oleh kesakitan-kesakitan yang mungkin dialami semasa mendidik golongan anak muda. Mereka itu ada kecenderungan yang ada kalanya memang mudah melukakan orang tua yang lebih berusia.

1. Tak Reti Bahasa

“Slm ust. Ana pelajar di Universiti ***. Ana pembaca setia blog anta. Jadi ana nak jemput anta datang berceramah di tempat ana. Berapa cas yang anta kenakan?”

Ia adalah salah satu email yang pernah saya terima daripada seorang mahasiswa. Dengan jarak usia yang mungkin mencecah 15 tahun, di’ana anta’kan oleh seorang anak muda mungkin boleh mengguris rasa dan menghilangkan mood untuk positif kepadanya.

Malah silibus sekolah juga ada memberikan saranan tentang keelokan bahasa pada panggilan, juga bahasa surat rasmi. Saya sendiri dek tidak mengetahui sama ada yang menghantar email itu seorang yang lebih muda atau lebih tua, saya tidak lokek pada memanggilnya TUAN secara kasual sebagai tanda hormat dan memilih perkataan yang ’selamat’.

Tetapi anak muda sering salah bahasa. Cakapnya tidak tengok kiri dan kanan.

Malah terus bertanyakan rate ceramah, benar-benar mewujudkan rasa tidak selesa.

Namun, itulah harga pada usaha mendidik anak muda.

2. Common Sense Belum Terbina


“Sebelum sampai rumah untuk ambil ustaz, bagilah miss call, ok” saya menghantar sms kepada AJK program.

Mereka akan menjemput saya di rumah sebelum subuh untuk dibawa mengendalikan sebuah sesi Training of Trainers (TOT) yang dijadualkan pada jam 6:30 pagi di Cheras. Saya mengingatkan mereka supaya memberikan saya miss call kerana saya tidur lewat malam itu kerana anak yang meragam. Bimbang tidak sedar dengan deringan jam.

Keesokan paginya, saya terbangun jam 4:30 kerana anak menangis mahukan susu. Selepas susu dibancuh, saya bangkit menuju bilik air sambil tangan mencapai telefon. Terkejut benar kerana ada beberapa miss call sudah terpampang dan di hadapan rumah saya ada sebuah kereta sedang menanti.

“Antumkah itu?” saya menelefon mereka.

“Ya ustaz. Kami takut tak jumpa jalan!” jawab mereka.

Subhanallah!

Bimbang terlewat kerana mencari arah ke rumah saya, mereka bertolak awal dan tiba di hadapan rumah saya jam 4:30 pagi! Sedangkan lokasi program hanya 15 minit dari rumah. Terkulat-kulatlah saya bersiap dengan kepala yang agak pening kerana baru dua jam melelapkan mata.

Tiba di lokasi program tepat jam 5 pagi.

Saya positifkan sahaja peristiwa itu dengan mengambilnya sebagai suatu suruhan daripada Allah agar saya panjangkan Qiamullail pagi itu.

Demikianlah harga yang perlu dibayar semasa berurusan dengan Tarbiyah si anak muda.

3. Kuat Mendesak

“Ustaz tolong sambung hujah saya. Kawan saya ini seperti hendak murtad!” saya dikejutkan dengan panggilan telefon dan kemudiannya sms pada jam 2 pagi.

Siapalah ‘budak’ ini?

Berdebat jam 2 pagi dan kemudian mengejutkan saya untuk mempertahankannya yang kehabiskan hujah.

“Ustaz, saya ingin tahu bolehkah kita menyertai perarakan St. Patrick’s Day? Tolong jawab email saya ini secepat mungkin kerana kami perlu membuat keputusan bagi persiapan kelas” email seorang pelajar dari bumi Shamrock Ireland.

Mungkin dia menyangka saya tiada kerja lain. Duduk di rumah melayan hotline telefon dan oncall 24/7!

Anak muda selalu menggelar diri mereka sebagai kelompok pendesak. Desakan mereka bukan sahaja digeruni pemerintah, malah ustaz-ustaz juga sering ditekan dengan desakan yang tidak tentu hujung pangkalnya.

Saya positifkan sahaja kelakuan anak muda yang menyakitkan itu, bahawa mereka adalah kelompok yang berkeinginan tinggi, iaitu sesuatu yang sukar untuk dicari di celah-celah angguk warga tua yang tersandar di dinding mendengar kuliah.


BERSABARLAH

Mendidik anak muda, adalah persiapan diri saya sendiri pada mendidik anak-anak yang semakin meningkat usia. Ia penuh cabaran ia penuh kesakitan.

Namun, fadhilatnya amat besar.

Mendidik anak muda adalah pelaburan besar kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

Justeru itu, selesai mengungkapkan kisah pemuda Ashaab al-Kahf, Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan peringatan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para murabbi umat akan hakikat ini:


“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran” [Al-Kahf 18: 28]

Bersabarlah dengan kerenah anak muda itu.

Mereka tidak menginginkan apa-apa kecuali keredhaan-Nya.

Maafkan kekurangan mereka, kuatkan semangat mendidik mereka.

Jangan dicari habuan dunia, biar pun mendidik anak muda tidak menjadikan dirimu kaya raya. Sesungguhnya pelaburan saham terhebat yang boleh engkau lakukan, adalah pada menumpahkan ilmu, pengalaman, nasihat, bimbingan dan panduan, kepada ANAK MUDA.

Jika anak muda selalu susah mendapatkan khidmat orang tua-tua, saya berusaha menjadikan diri mengisi kelompongan itu. Mahukah kalian menyertainya?



ABU SAIF @ www.saifulislam. com
68000 AMPANG

Sunday, November 8, 2009

program smallkindness- sambungan







Di antara gambar bersama anak2 yatim dan warga emas sekitar program smallkindness sempena bulan Ramadhan lepas.